Monday, April 26, 2010

Renungan - 22


Salam sejahtera. Bertemu kita lagi sekali di dalam ruang blog Asia Malaysia Rich di mana apa yang boleh dikongsikan semoga boleh dimanfaatkan dalam kehdupan harian kita di kemudian hari. Kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang saya jangka akan memberi sedikit sebanyak faedah kepada anda. Walaupun ianya berupa tulisan dan nasihat sahaja tetapi percayalah ianya juga merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya.


PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.


KEDUA.

Kahwinilah lelaki atau wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.


KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu


KEEMPAT.                                                                                     

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.


KELIMA.

Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.


KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH.

Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.


KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


 

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

 

KEDUA BELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

 

KETIGA BELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

 

KEEMPAT BELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

 

KELIMA BELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

 

KEENAM BELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

 

KETUJUH BELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPAN BELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

 

KESEMBILAN BELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUA PULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUA PULUH SATU 


Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

 

 KEDUA PULUH DUA

 Memaafkan semua orang sebelum anda tidur dan menghalalkan segala hutang.


* Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

*  Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun" Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

*  Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

*  Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

*  Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

*  Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

*  Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

*  Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

*  Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksaan api neraka.



Oleh tu, manfaatkan segala amal dan ilmu yang kita peroleh semasa hidup di dunia yang sementara ini. Janganlah kita bongkak dan kedekut segala apa yang kita ada khasnya ilmu. Ingatlah, pintu syurga itu sentiasa terbuka luas untuk orang-orang dekat kepada-Nya. Dan Dia juga sentiasa di sisi hamba-hambanya yang mengingati-Nya.